Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu terletak di kilometer 2, Jalan Jemaluang, Mersing dan telah dibuka pada 5 Januari 1998, bagi menampung pelajar-pelajar dari beberapa buah kampung yang berdekatan dengannya. Kampung-kampung yang berdekatan dengan sekolah ini ialah Kampung Sri Pantai, Kampung Pengkalan Batu dan juga taman-taman berdekatan seperti Taman Wawasan, Taman Sri Mersing, Mersing Kecil dan Mersing Kanan.
Sekolah ini mempunyai enam blok bangunan termasuk blok pentadbiran. Pada peringkat permulaan, SMK Anjung Batu mempunyai sejumlah 384 orang pelajar dan 18 orang guru serta 4 orang staf sokongan. Sebanyak 9 buah kelas telah dibuka yang terdiri daripada 4 buah kelas tingkatan 4 dan 5 buah kelas tingkatan 1.
Nama Anjung Batu dipilih berdasarkan dari kedudukan sekolah ini yang terletak di anjung Kampung Pengkalan Batu dan terletak di kawasan bukit yang dipanggil Bukit Cemara. Sekolah ini mula diteraju oleh Tuan Pengetua En. Azman bin Nasir (5.1.1998 - 1.4.1999) dan kemudian diganti oleh Cik Hjh Zabedah Othman (1.7.1999 - 30.9.2007). Seterusnya sekolah ini mula diteraju oleh Tuan Pengetua En. Md Jais Samat (1.10.2007 - 1.12.2008) sebelum diganti oleh Pn. Hjh Azmah Harun (1.12.2008 - 1.9.2009). Setelah itu, SMK Anjung Batu diteraju pula oleh Tuan Pengetua Tn. Hj Abu Othman bin Ibrahim (1.10.2009 hingga sekarang).
Semoga SMK Anjung Batu akan terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan tuan pengetua yang berwibawa dan berwawasan. Besarlah harapan warga SMK Anjung Batu untuk melihat sekolah ini terus maju dan berdiri setanding dengan sekolah-sekolah lain yang cemerlang sehingga ke peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan...
VISI
~"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"~
MISI
"Menguruskan Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang
Melalui Penggembelengan Sumber Secara Optimum"'
MATLAMAT SEKOLAH
"Menguruskan Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang
Melalui Penggembelengan Sumber Secara Optimum"